Facebook bermula dari sebuah dorm universiti di Massachusetts, Amerika Syarikat pada 4 Februari 2004.
Hari ini ia mampu dicapai hampir di seluruh dunia.
Dalam masa kurang dari tujuh tahun, pengguna Facebook sudah mencecah lebih 600 juta.
Mark Zuckerberg yang sebelum ini cuma seorang 'tech nerd'...sekarang ini sudah menjadi billionare......hanya kerana hanya kerana manusia sukakan perhatian.
Dalam dunia di mana kita sering dihimpit kesibukan Facebook menjadi medium yang sangat efisien bagi berkomunikasi.
Bagi aku ia sekadar laman web sosial yang sedang popular pada waktu itu......sama seperti Myspace dan Friendster sebelumnya.
Facebook mula menjadi medium baru bagi berkomunikasi. Cuma masalahnya adalah Facebook mula mengambil alih tempat komunikasi yang sebenarnya.
Suka ataupun tidak, kita sudah memasuki era Facebook.
Di Facebook, identiti asal berubah menjadi identiti yang pelbagai. Privasi diri juga semakin menjadi tidak penting ataupun sengaja diabaikan.
Kita tidak lagi menjadi individu yang mempunyai sisi tersembunyi. Semuanya dikongsi dan ditayangkan ke serata dunia, hanya dengan menekan butang-butang pada papan kekunci.
Dipetik dari sebuah buku yang tiada tajuk.



No comments:
Post a Comment